“ Hinakah anak ini jika dia dikandung dalam “ rahim” seorang ibu..kantung yang penuh kasih sayang? Rahim itu sendiri dari nama Allah yang bermaksud “ Maha Penyayang “. Perkataan “ Rahim” jarang dipisahkan dengan perkataan “ Rahman” yang bermaksud “ Maha Pengasih” . Kasih sayang. Menurut ahli bahasa Ibnu Faris , semua kata yang mengandungi huruf “ ra”, “ha ‘ dan “ mim” membawa maksud lemah lembut , kasih sayang dan kehalusan.” Cuba perhatikan nama kamu dalam tulisan jawi? Ada tak huruf itu? Jika ada satu, pasti kamu seorang yang penyayang dan lemah lembut.”
“ Anak ini tidak hina..ia hanya lemah kerna masih berupa seorang bayi…manusia tidak hina kerana Allah mencipta ia dengan sebaik-baik kejadian..makhluk yang paling cantik dan indah ciptaannya..diangkat menjadi khalifah. Satu anugerah yang semua makhluk di bumi dan di langit enggan, tidak mampu menyanggupinya. "
" Manusia itu lahir dari perhubungan dua hati lelaki dan perempuan yang penuh kasih sayang maka kenapa permusuhan yang tercipta? Itu namanya melanggar fitrah kejadian manusia kerana Allah mencipta manusia dengan penuh kasih sayang..manusia lahir dari kasih sayang..maka kasih sayanglah yang harus kita sebarkan di muka bumi ini..kalau tidak dapat banyak, sikit pun jadilah. Indahnya dunia jika penuh dengan kasih sayang, satu dunia yang aman untuk diduduki oleh semua umat manusia tanpa mengira bangsa dan agama, keturunan dan negara ."
" Malangnya..orang seperti Pol Pot YANG BERKEPENTINGAN DIRI, GILA KUASA TANPA SIMPATI KEPADA RAKYAT , SANGGUP MELAKUKAN APA SAJA TANPA MEMPERDULIKAN NEGARANYA, ASAL DENDAM KESUMATNYA TERBALAS, CITA-CITA POLITIKNYA TERCAPAI, ASALKAN DIA DAPAT BERKUASA DENGAN APA SAJA CARA, PEMIMPIN SEPERTI inilah yang menghuru harakan bangsa dan tanah air sendiri. Kerana kuasa dan ketamakan, dia telah menghancurkan sebuah negara yang begitu indah dan harmoni dengan ideologi idealnya tetapi apa yang terhasil, satu sistem negara yang huru hara dan kucar kacir dari akar sehinggga ke pucuk. Semua agama dimusnahkan, semua bangsa ditiadakan, semua bahasa dimusnahkan…” petikan I LOVE YOU, STUPID!
No comments:
Post a Comment