Sunday, February 21, 2016

1 day 1 night @ pekan with MTUN committees for tnc of ump appointment.

Jam 6.30 ngun, solat subuh baca yasin sambil2 tersenguk2..huhuhuu
Hajat nk jogging, nk ajak aisyah skali syah trun dah...huhuhuu
So, kemas almari ckit bwak keluar la mcm2 dlm almari... Lpas tue terpk nk diy scarf holder bukak yt tgok pastue lena... Adoiii

Jm 11 bgun syah blik, rezeki ckit punya baik syah belikan bihun... goreng telur, Ana nasir goreng ikan kering.. sedap ler kami lapor...hihihi

Syah keluar g nilai, tgal je Ana... tgok tv pun ngantuk...ermmm bju belum habis kemas, nk g pekan pun belom packing...ayayaaa...

Kirim pakna beli mcd je tok petang, ak byak giler mkn skrg...hormone xstabil nie.. period xdtg lg blan nie...dammmm
 Kemas2 buy, lipat2 sambil2 layan rm Tp xbes...hohoho

Jam 4 gerak masuk uitm, lpak jap kat ofis...  belom jam 5 trun ke keta irmi tgu cik mahmud... pastue jam 5.15 gerak pick up Dr Naqi n Dr Zul then terus gerak ke pekan...

 Jam 7++ sampai R&R temerloh, dengar En Mahmud cakap lg setangah jam sampai rupa2nya salah dengar... 1 jam setengah lg sampai pekan dari ctue... my bad...hi hi


Love scenery bila sampai kat aR&R tue emmm.... bez jgak dapat g pantai tim2 gnie...




Semua makan ikan patin tempoyak nak hang... walaupun mahal rm10 seketul.. and xleh lawan my mom punya, makan je la... berbulan xblik gm, dpt jgak rase nak masak sendiri confirm xreti...hoihoihoii... Mek na plak xmkn, ambik ayam merah.. nasib ler


Jam 10.30 sampai ler kami di Ancasa Royale Hotel Pekan Pahang :-)
Urus2 check in, masuk bilik, iron2 baju mandi... prepared nak tdo tp xleh lelap pulak... so tulis blog la...hihihi


Okay p tgkp benda alah nie jp sambil2 buang hajat...hihihi
Try to sleep, esok bgun awal Farhana oiii...


Try to post one entry per day... make a moment when I bored...hihihi


Saturday, February 20, 2016

*** Sejarah Melayu Champa***


Sejarah awal Champa (dikenali sebagai Lin-Yi) oleh orang cina ialah kerajaan ini berada di bawah pemerintahan Han. Kawasan Crhampa ketika itu di bawah empayar Han yang besar, di kenali sebagai Rinna Province.

Pemberontakan Melayu Campa bermula pada 100 Masihi, Sejarah awal Champa (dikenali sebagai Lin-Yi) oleh orang cina ialah kerajaan ini berada di bawah pemerintahan Han. Kawasan Champa ketika itu di bawah empayar Han yang besar, di kenali sebagai Rinna Province.

Pemberontakan Melayu Campa bermula pada 100 Masihi, 136 Masihi dan 144 Masihi apabila gebenor yang dilantik Han menaikkan cukai sesuka hatinya namun semuanya gagal. Sehinggalah pada tahun 192, seorang putera bernama Ou Lian telah berjaya membunuh majistret Han yang telah dilantik dan mengisytihar bahawa Champa bebas dan merdeka. Tidak lama kemudian, Han runtuh dan China mengalami zaman Tiga Kerajaan.

Apa yang menariknya, kerajaan Champa telah menjalinkan hubungan baik dengan Kerajaan Wu di Selatan China ketika itu yang sedang berperang dengan Shu di Timur China dan Wei di Utara China. Champa banyak membantu Wu dalam peperangan 3 kerajaan.

Selepas tamat fasa 3 kerajaan di mana Dinasti Jin mengambil alih China, dinasti ini turut mengiktiraf kemerdekaan Champa dan ini ialah permulaan kepada hubungan antara bangsa Melayu dan China dalam segi politik dan perdagangan.

Champa hanya sebuah kerajaan Melayu yang kecil, bahkan jirannya iaitu Kerajaan Funan (kerajaan Melayu) dan Chenla, Khmer dan Viet lebih besar daripada Champa. Namun, sekecil-kecil Champa rupanya kecil semut api!

Funan, Chenla, dan Khmer tidak bertahan selama Champa. Kecil-kecil Champa, tetapi kebijaksanaan pemimpin Melayu ketika itu, sudah banyak kerajaan hebat yang digoncangnya.

Pada awal kemerdekaan Champa, mereka berjaya membebaskan diri daripada Han. Mereka turut terlibat dalam fasa paling menarik dalam sejarah China iaitu Zaman Tiga Kerajaan dengan menjalinkan hubungan dengan Wu yang diperintah oleh Keluarga Sun.

Kemudian, mereka memberi tekanan dengan memenangi peperangan kecil di Selatan China dengan Dinasti Jin sehinggakan Jin tidak tahan dan mengiktiraf kerajaan Champa.

Dinasti Sui cuba menawan Champa namun Champa memenangi peperangan tersebut. Monggol juga cuba melakukan perkara yang sama tetapi dihalau oleh Champa.

perkongsian dari page Saya Sayang Tun Mahathir Mohamad.
(Sharing draft unpublished)

@@@Perjumpaan pelajar LI Stats bacth CS221@2013@@@


Setelah berbulan x berkumpul,kami bersama lagi... Rindunyer sebuah pertemuan dan persahabatan amt terasa. Perjumpaan di dalam kelas dahulu amt disukai,pertemuan kini amat dinantikan...

Tuhan,aku rindu akan pertemuan ini...

(Draft yang tidak republish)


Terdetik dihati, salahkan jika seorang Islam berimpikan mati awal jika itu baik baginya? Allahuakbar... apakah yang ingin disampaikan-Nya?


Tertidur selepas solat maghrib tadi, bangun2 tengok hp dan Berea dengan kawan, then teringat sesi temubual semalam...
Masih terdengar ditelinga soalan Prof...

Pernahkah awak dengar, jangan bagi tahu Awak pandai dalam ini. Nanti awak je yang kena buat ini. Pernah ke?

Terlintas di hati aku, owh macam pernah dengar...

Terus Prof rujukan kepada aku, so secara spontan aku menjawab... ohh, saya pernah dengar berbualan prof bersama naib canselor utem.

Prof terkejut, owh... iya.. mana tau,?
So pun jawab, saya ada buat verbatim prof. Hihihihi

Ramai2 gelak... dan ada yang berbunyi, ish bahaya nie...(tidak silapnya Dr Taufek yang mengatakan itu)

Dan terus ak merasakan perkara itu adalah 1 kesalahan bila ak tengok prof sendiri memicit2 kepala sambil tunduk dan tersengih.

Owh what have I done...
Prof terus bertanya, apakah Awak bersetuju dengan statement itu?
Sebenarnya, ak agak lupa apa yang ak cakapkan.. antara yang ak ingat adalah saya rasakan itu salah.. kenapa nak sorokkan jika kita berpengetahuan dalam sesuatu perkara itu... satu kerugian. Bukan sahaja kepada individu tu sendiri, semua orang rugi. Apa salahnya, kita duduk ramai2 sama2 belajar sama2 pandai... sama2 buat... rugi kalau saya je yang pandai, bila saya tak ada. Ada la yang pandai dah...

Disini, ak tiba2 teringat2 Dr Norazan, PM Halilah dan Arwah Puan Ida. Aku terbayangkan apabila mereka sudah tidak ada cnie, dimana pelapis mereka? alangkah ruginya pengetahuan mereka, ilmu dalam bidang masing2...

Dan sini, tiba2 juga ak melelehkan airmata pabila ak keluarkan ayat "bila saya tak ada" ... sambil2 baring selepas tertido td, ak masih berada dalam kain solat..

" Terdetik dihati, salahkan jika seorang Islam berimpikan mati awal jika itu baik baginya? Allahuakbar... apakah yang ingin disampaikan-Nya?"

Bila ak hadam dan ulang2 ayat ini, ak tersedu2 menangis, kenapa ak merasakan tersangat hiba dengan kematian ini... mungkinkah masa ku telah tiba? Amy tidak rela pergi sekarang.. ak masih tidak bersedia.

Ya Allah bantu lah hamba mu ini... tabahkan hatiku, kuatkan jiwaku... kenapa ak amat berasa hiba...