Saturday, February 20, 2016

*** Sejarah Melayu Champa***


Sejarah awal Champa (dikenali sebagai Lin-Yi) oleh orang cina ialah kerajaan ini berada di bawah pemerintahan Han. Kawasan Crhampa ketika itu di bawah empayar Han yang besar, di kenali sebagai Rinna Province.

Pemberontakan Melayu Campa bermula pada 100 Masihi, Sejarah awal Champa (dikenali sebagai Lin-Yi) oleh orang cina ialah kerajaan ini berada di bawah pemerintahan Han. Kawasan Champa ketika itu di bawah empayar Han yang besar, di kenali sebagai Rinna Province.

Pemberontakan Melayu Campa bermula pada 100 Masihi, 136 Masihi dan 144 Masihi apabila gebenor yang dilantik Han menaikkan cukai sesuka hatinya namun semuanya gagal. Sehinggalah pada tahun 192, seorang putera bernama Ou Lian telah berjaya membunuh majistret Han yang telah dilantik dan mengisytihar bahawa Champa bebas dan merdeka. Tidak lama kemudian, Han runtuh dan China mengalami zaman Tiga Kerajaan.

Apa yang menariknya, kerajaan Champa telah menjalinkan hubungan baik dengan Kerajaan Wu di Selatan China ketika itu yang sedang berperang dengan Shu di Timur China dan Wei di Utara China. Champa banyak membantu Wu dalam peperangan 3 kerajaan.

Selepas tamat fasa 3 kerajaan di mana Dinasti Jin mengambil alih China, dinasti ini turut mengiktiraf kemerdekaan Champa dan ini ialah permulaan kepada hubungan antara bangsa Melayu dan China dalam segi politik dan perdagangan.

Champa hanya sebuah kerajaan Melayu yang kecil, bahkan jirannya iaitu Kerajaan Funan (kerajaan Melayu) dan Chenla, Khmer dan Viet lebih besar daripada Champa. Namun, sekecil-kecil Champa rupanya kecil semut api!

Funan, Chenla, dan Khmer tidak bertahan selama Champa. Kecil-kecil Champa, tetapi kebijaksanaan pemimpin Melayu ketika itu, sudah banyak kerajaan hebat yang digoncangnya.

Pada awal kemerdekaan Champa, mereka berjaya membebaskan diri daripada Han. Mereka turut terlibat dalam fasa paling menarik dalam sejarah China iaitu Zaman Tiga Kerajaan dengan menjalinkan hubungan dengan Wu yang diperintah oleh Keluarga Sun.

Kemudian, mereka memberi tekanan dengan memenangi peperangan kecil di Selatan China dengan Dinasti Jin sehinggakan Jin tidak tahan dan mengiktiraf kerajaan Champa.

Dinasti Sui cuba menawan Champa namun Champa memenangi peperangan tersebut. Monggol juga cuba melakukan perkara yang sama tetapi dihalau oleh Champa.

perkongsian dari page Saya Sayang Tun Mahathir Mohamad.
(Sharing draft unpublished)

No comments:

Post a Comment