Thursday, May 26, 2022

JADUAL KEHIDUPAN HARIAN - TUAN GURU ISMAIL KAMUS

JADUAL KEHIDUPAN HARIAN YG DISUSUN OLEH Allahyarham Tuan Guru Dato ISMAIL KAMUS 

1. Bangun Malam (sekitar jam 3 pg)
- Mandi dan ambil wuduk

2. Solat Sunat Wuduk.

3. Solat Sunat Taubat.

4. Solat Sunat Tahajjud (8 rakaat).

5. Solat Sunat Hajat (mintak Allah makbulkan permintaan kita, bila2 masa kita mintak).

6. Solat Sunat Witir 3 rakaat.

7. Istighfar 

( أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْه ) 100X

8. Tahlil 
( لاَ إِلَهَ إِلَّاالله ) 300X

9. Baca Doa Nabi Yunus 

( لاَإِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَا نَكَ إِنِّيْ كُنتُ مِنَ الظَّا لِمِيْنَ ). 40x

10. Tasbih 40x

( سُبْحَانَ اللَّهِ وَ الْحَمْدُ لِلَّهِ وَ لاَ اِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَ اللَّهُ أَكْبَرُ ) 40X

11. Solat Sunat Fajar.

12. Solat Subuh.

13. Baca Yaassin lepas subuh.

14. Solat Sunat Dhuha 6 rakaat.

15. Solat Zohor.
- Solat sunat sebelum
- Solat sunat selepas

16. Solat Asar.
- Solat sunat sebelum

17. Solat Maghrib.
- Solat sunat selepas

18. Solat Isya'
- Solat sunat sebelum
- Solat sunat selepas

19. Sebelum tidur baca :
- Al-Quran
- surah Al-Mulk
- surah Sajjadah
- surah Al-Waqiah

20. Setiap hari mesti sedekah, walaupun sedikit.

“ Didunia bukan tempat untuk berehat, tetapi tempat untuk beribadat."

Ustaz Ismail Kamus ❤️

Kata Ulama, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi :

🔸Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia.
🔸 Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak.
🔸Allah akan sibukkan kita dengan urusan perniagaan.
🔸Allah akan sibukkan kita dengan harta.
🔸 Allah akan sibukkan kita dengan mencari pengaruh pangkat dan kuasa.

🔸Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan. Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia.

🔸Tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah SWT. Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT.

🔸 Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, kereta mewah dan rumah besar.

🔸 Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu dan amalan orang lain lebih daripada kita. Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat orang lain bangun disepertiga malam untuk solat tahajjud.

🔸Kita cemburu melihat orang lain tukar kereta baru, tetapi jarang kita cemburu melihat orang lain boleh khatam Al-Quran sebulan 2 kali.

🔸Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman apabila duit, pangkat dan harta mengatasi segalanya.

🔸 Setiap kali menyambut hari jadi kita sibuk hendak raikan sebaik mungkin tetapi kita telah lupa dengan bertambahnya umur kita maka kita akan dipanggil oleh Allah SWT semakin dekat.

🔸 Kita patut bermuhasabah mengenai bekalan ke satu perjalanan yang jauh yang tidak akan kembali lagi buat selama-lamanya.

🔸Sesungguhnya mati itu benar, alam kubur itu benar, pertanyaan munkar dan nakir itu benar, mahsyar Allah itu benar, syurga dan neraka itu benar.

(Jom kita kongsikan tazkirah ringkas yang banyak memberi kesedaran bahawa dunia ini hanya sementara dan Akhirat itu kekal abadi)

tazkirah hati
C&P

#Share ilmu ini utk peringatan semua.

*InshaAllah*Semoga bermanfaat untuk dikongsi bersama sahabat maya.Àamiin

Thursday, December 30, 2021

TEMUDUGA PEMBANTU TADBIR KEWANGAN UITM W19 - BY STAF KONTRAK YANG BERJAYA

👉1st interview

1. Kenalkan diri- nama, umur, pengalaman kerja (cakap bahasa melayu bila ditanya bahasa melayu. Kalau soalan in English baru reply in English) Elakkan cerita hal peribadi kecuali di tanya. 

2. Menu-menu Fais- en Mirul suka tanya.

3. Maksud Integrity- apa yang kita faham

4. Peruntukan apa yang Govt provide untuk IPT dalam tangani Covid- ex: RMK untuk Covid

5. Cawangan-cawangan di UITM ada berapa- Ex shira dpt soalan cawangan Melaka. Pali dapat Terengganu.

👉2nd interview

1. Kenalkan diri

2. Cerita pasal previous job scope. Kita buat kerja apa di UKZ selama ni

3. Sumbangan kita dekat UiTM. Cerita pasal penglibatan apa-apa

4. Kelebihan diri berbanding staff lain

5. Cara penjimatan duit UiTM

👉Soalan-soalan lain:

1. Langkah-langkah UiTM tangani Covid

2. Apa aktiviti kita di rumah. Ex: baca buku. Dia akan tanya buku jenis apa untuk tahu personaliti kita

3. Selesaikan masalah. Situasi diberi

4. Dia akan tanya aktiviti kita di luar. Contoh ada side income. Untuk staff govt rasanya better jangan mentioned.

Tuesday, December 28, 2021

SME PROGRAM - GROOMING FOR INTERVIEW TNCPI


Late posting for this note. 

Grooming for Interview - speaker En Adib Ibrahim

DO's
1. Peperangan

2. Mindset seorang juara - 

3. First impression - 

4. Tenang - selesaikan diri dengan keadaan persekitaran.

5. Profesionalisme - temuduga sesi formal, bukan sembang kedai kopi. Ingatkan diri untuk kekal bersikap profesional. 

6. Temuduga berkumpulan - tenang, calon lain juga merupakan manusia biasa. Kekal fokus dengan mindset sang juara anda. 
- hormat percakapan orang lain. 
- saya bersetuju dengan calon no., suka saya nak tambah sedikit berkenaan. 

7. Postur badan - pastikan anda tidak terlalu membongkok dan tidak terlalu mendongak. 
- sentiasa 

8. Bahasa - gunakan bahasa yang mudah difahami. BM @ BI. 

9. Dengar & balas - dengar dan berikan maklum balas dengan tertib dan sewajarnya.

10. Jual kekuatan & kepakaran anda - pastikan bahawa anda menyampaikan kekuatan anda kepada penemuduga secara ringkas, fakta dan jujur. Formula =point + example. 
Point - fotostat, buat surat etc. 
Point En Adib - menguruskan pelawat datang, Disini saya belajar bagaimana untuk berurusan dengan orang luar dan orang dalam. Menambah baik skill komunikasi. 
- contoh pertanyaan beza tapi sama. strength, wow faktor, kenapa perlu ambil anda bekerja.
- tips nak tahu kelebihan diri kita. 1 - orang sekeliling, 2 - bos, 3 - tanya orang. 

11. Emosi & provokasi - penemuduga berkemungkinan bertanyakan soalan provokasi kepada anda. Ageism, rasics dll. 
Jika penemuduga tanya, Tugas calon, lawan yang berinformasi. Hujah yang boleh diterima. 
Contoh umur, lelaki, perempuan bersalin - perancangan yang bersesuaian, dapat menyelesaikan yang baik.

DON'Ts
1. Jangan bercakap buruk tentang majikan lama.

2. Jangan menipu - jawab dengan jujur dan setempat mungkin. Terangkan diri anda berkaitan jawatan yang ditawarkan dan benar-benar mencerminkan pengalaman lalu anda.
- jangan menipu dokumentasi @ skill yang ada.
- ada degree, kenapa tak apply jawatan yang lebih tinggi. Saya memilih jawatan ini utk mengumpul pengalaman, melatih dan persediaan diri untuk  mengambil tanggungjawab yang lebih besar. 

3. Jangan potong percakapan @ gelojoh. 

4. Jangan anggap temuduga perkara main2 - jangan bersikap sambil lewa ketika temuduga berlangsung. 

5. Jangan biarkan sejarah temuduga lalu mengganggu - barang yang lepas usah dikenang. MOVE ON. 

TEMUDUGA PERANGKAWAN E41

Late posting... 

Lama tak buka blog, berhabuk sudah. 

Soalan temuduga berkelompok Perangkawan (E41) Jan 2019 

Panel 2 orang, 1 DOSM, 1 SPA

Spa
1. Congak berapa percent 105 perjawatan, 5 yg nak pakai. 
2. Kaitkan statistik dlm pengurusan kewangan - OR, fuzzy logic, actuarial science, time series forecasting, investment 
3. Info berkenaan jawatan dimohon - statistics spa
4. 1 sen upah utk satu hari, berapa upah pada hari ke 30 dgn gandaan 2 - 2 kuasa 29
5. Journal name for statistics your last readed
6. The prestigious award for statistics 
7. Apa buat utk Fyp dan dissertation, kenapa tak bawak. Sis bawa ya, siap bergold & kulit keras. Ada problem plak tue time nak print dissertation, haru betul. 

Dosm 
1.  Apa exploratory dan predictory
2. Statistics tool yg mahir - terangkan
3. Kelebihan kenapa dosm perlu ambik awak
4. Soalan berdasar pengalaman diresume dan dikaitkan dgn statistics - cpi, inflasi 

Temuduga Peringkat Pertama UiTM - pembantu tadbir kewangan w19


Temuduga saringan pertama W19 29/12/2021

1st time sesi online dianjurkan oleh Pejabat Bendahari. 
Cara temuduga juga berbeza, di mana calon masuk sorg2. Anggaran seorang dalam 20minit.

Dari jam 8 standby dlm tue, sampai la jam 12.05 di panggil masuk. Rasa macam lama tau, bila bertgok masa calon lain di arahkan masuk jam 12.19. Maknanya sesi sy kurang dari 14 minit. Apa2 jua usaha sudah dibuat, apa yang study alhamdulillah masuk cuma berserah. At least sudah dipanggil untuk temuduga dah bersyukur. Alhamdulillah. 

1. Perkenalan nama & skop kerja skrg ✅
2. Ada berapa kod projek? Apa digit ke 7 & 8? ✅
3. Kod akaun utk jernal pakai menu K, apa debit & kredit. Kod akaun betul, cuma xsempat jwb debit kredit dia dah tya2 lain ✅
4. Apa perbezaan jernal & bayaran. ❌
5. Piagam pelanggan utk proses bayaran & pesanan jabatan. ✅
6. Sijil akademik tertinggi apa & pernah apply apa? - jawab jujur ✅
7. Pernah join kursus pasal ESL & IDART? Apa dia & pilih 1. ✅
8. Sumbangan @ aktiviti di luar pejabat @ komuniti. ✅
9. Skala diri 1-10 nak kerja nie? ✅ Ckp nak kerja 10, bab pengalaman & bidang sy kena letak diri skala 7 sebab byk yg masih kena belajar bidang kewangan. 
10. Apa Cawangan uitm melaka? ✅

Akhir sesi panel ckap semoga ada feedback positive, jika tak berjaya teruskan la kerja sekarang nie.

Baru nak happy, dah kena warning awal2 hihihi. 
Apa2 pun, pengalaman itu mahal & semoga dijadikan panduan di masa hadapan. Tak dapat lagi tak apa, belum rezeki lagi. Keep it up guys 💪💪💪

Ingat pesanan En Norizan. Kerja dari bawah ambil pengalaman, ada rezeki daki Slow2. Supaya nati mahir dalam segala gerak kerja & proses berlaku & faham kerja2 staf bawahan.

Sy Farhana punyai secubis pengalaman di Ukz17 shah alam. 

Monday, February 25, 2019

PENGALAMAN PENSYARAH UITM DI INTERVIEW TPM

Ak dpt MAC utk cikgu MARA, subject math... Usha2 gan kawan2 semua... Dah tercerita gan kawan nie hahhhh... Dia selamat dpt jd lecturer tetap slpas abes srudy master under tpm... Rezeki org lain2, xsenang dpt bila pandai and confidence nie. Bila kita xkonconfident dgn diri susah, kitabakan sentisa xpercaya dgn diri sendiri...

So bwh nie adalah antara msg ak dgn dia, tp ak ambik dialog dia la, ak lya xde point... 😂

Pengalaman ivTl TPM UiTM 2013 - FIQ

dlu aku msk interview, aku buat bodoh jer,,slide aku putih tk de apa2 tulisan,,then aku start bagi dadu setiap interview,,then aku tny

1) do ur know the things that give it to u??
- prof ilyas jwp: dice

2) thanks ilyas, how many faces that the dice have & how many number written on the face of the dice

- dr syg jwp, ada 6 faces,,each faces .......

3)gud minah,, now, if i toss the dice, do u know exactly what no will appear??

- ilyas jwp,, we will never know,,

4) why ilyas,,u know that there 6 numbers no the dice, but y u didnt what numbers is going to appear??

- ilyas jwp: ......

dan seterusnya,,

1st: aku kena tarik minat pelajar dlu,,timbulkan rasa ingin tahu,,

2nd: what ever i do, aku akan tny sln SIMPLE, spya dorg participate,,then wujud lah 2ways communication,,

3rd: then akhir skali baru la aku kata,,”thats what we are going to learn today “PROBABILITY””

4th: then baru la aku start slide,,apa def probability dari dadu tadi,,

5th: why we need to learn probability?? nie my 2nd slide, then i timbulkan pulak satu cerita yg melibatkan students,,dan cerita tu mesti cerita yg membolehkn student mnjawap apa kepentingan probability,,ni d panggil student centred learning

masa interview tpm aku just show 2 slide,,
1 - what is probability
2 - why we learn probability,,

kedua2 sln tu aku timbul kn,,then aku create cerita spy student yg jwp kedua2 sln,,

muahahahaha

n ko byngkan,,time aku intrview mock teaching ntuk naik tetap,,guess what, aku just bawa sebotol mineral water just ntuk explain “hypothesis testing”

smp prof yap kata “u do excellent “

ko bygn time tu,,kitorg kn inteview stat inference,,ada yg buat slide ttg moment geberating function,,ada yg buay maximum likelihood,,ada yg buat hypothesis testing,,dlm hati aku tk dapat da tpm,,sebab aku just buat slide introduction to probability jer,,🤣🤣🤣

Wednesday, January 9, 2019

9 Jan 2019 - Soalan temuduga penolong pegawai perangkaan e29

1. Perkenalkan diri - spa

Tq jemput iv.
Diri - Nama, umur & status.
Edu - Ada dip stat, bergradute dgn kelas apa, dr uitm dan konco pada tahun 2011.

W. Exp - nama jawatan, tempoh kerja, scope kerja, pengalaman semasa bekerja nie dan kalo bleh pencapaian apa.

*nt setiap kerja tekankan apa kemahiran yg dapat dan apa improvement dlm diri*

Dan ceritakan juga aktiviti kelab atau persatuan yg pernah ada, pernah jd projek leader, handle program. *penting, sebab tgok reaksi dorang positif bila kita ada experience dalam management event*

2. Dia tya pasal family dan personal - spa

Family - tya mak ayah keja apa, ant adik beradik siapa keja gov, anak ke berapa.
Personal - tgal dimana, menyewa kat mana, kerja skrg contract dan situasi jab skrg.

3. Kenapa nak bekerja dgn dosm - spa

Nak jawab ngarut sungguh huhuhu tiba2  blank
Selain ada kelulusan pendidikan dalam statistics, sy seorang yg memerlukan cabaran utk stay fokus. Selain itu sy boleh menguna pakai data dosm utk penyelidikan mungkin utk sambung belajar nt dan dpt digunapakai juga utk dosm.
Tp sy skrg fokus dulu buat masa skrg sebab keadaan memaksa Hahaha mengarut betoi laaa

Pastue dia tya kenapa nak sacrifices study awak sedangkan awak dah ada master xnak habeskan phd ke.

Kalo berpeluang sponsorship kerajaan sy akan sambung la, sy belajar sblm nie pun dgn ptptn dan agak struggle bayaran balik. Dan susah mencari peluang kerja utk masa skrg. 

4. Apa awak faham dgn time series - dosm

Blank jap sebab xbajet plak dia tya...
Bagi contoh terus kegunaan time series dlm perniagaan utk  dpt profit ke loss, dlm ekonomi utk prepare dgn uncertainty event. *patot ada term focasting dlm jawapan kita* 😔

5. Kenapa mtak e29 sedangkan ada degree master - dosm

ak jawab bagi saya kerja di level mana sekali pun byk pengalaman yg boleh diperolehi waima kerja saya sebagai kerani skrg sgt byk yg sy pelajari dan ilmu dan pengalaman ini tidak diajar semasa belajar dahulu. Dan ini juga salah 1 cara mempersiapkan diri utk menjadi ketua yg memahami kerja org2 bawahan di masa akan datang.

👇 Idea bila dah abes temuduga
Nt bleh tambah lg nie... baru terpk..
sy amat mementing pengalaman dalam sesuatu perkara dari sini saya boleh belajar byak perkara dan performance dalam perkerjaan dan yg penting menjadi pekerja boleh buat pelbagai kerja bukan sekadar atas nama.

Jawapan kakak yg  kenal - sy tidak mengejar pangkat, pengalaman itu lebih penting. Dan pengalamanlah akan membantu kita dalam menjadikan kita lebih baik dimasa akan datang. Dan bila mana prestasi sy cemerlang, pihak jabatan sendiri akan menilai dimanakah sy patut berada suatu masa nanti.

6. Jika penempatan di sarawak apa halangan awak, sorg2 kat sana - dosm

Saya menerima penempatan dimana sahaja. Ditambah pula komitment sy hanya pada family dan masih bujang, maka tiada halanganlah dari pihak sy berkenaan penempatan.

7. Awak follow x apa2 berkaitan dgn dosm dan apa berita terbaru dosm masa skrg - dosm

Sy ada follow fb Dosm dan YBhg. Dato' Sri Dr. Mond Uzir Mahidin sendiri, juga twitter dan ig.

Yg terbaru berita dosm adalah pelancaran Kick-off survei pendapatan, perbelanjaan isi rumah dan pembangunan asas 2019 yg di ketuai oleh Pn Asiah Ahmad.
Dan juga 198 Stat Alert Infographic dikeluarkan dosm

8. Dia tya lg, apa Infographic terbaru dosm - dosm

Yg sy last update dan ingat index jenayah, perkahwinan dan perceraian.
Pastue dia komen itu utk tahun lepas kan...
Sy pun aaa jala... Lupa dah nie tahun baru, patot bgtau Infographic tahun nie... 😅

9. dia tya berapa kali iv spa - dosm

If ada iv dahulu ckp je then bgtau la apa tindakan kita.
Kenapa gagal, dari segi persediaan diri kita ke perkara lain2 ke...

Macam ada lg lain2... Tp dah mcm org hilang ingatan plak lepas keluar temuduga tue... Hahahaha