Wednesday, January 9, 2019

9 Jan 2019 - Soalan temuduga penolong pegawai perangkaan e29

1. Perkenalkan diri - spa

Tq jemput iv.
Diri - Nama, umur & status.
Edu - Ada dip stat, bergradute dgn kelas apa, dr uitm dan konco pada tahun 2011.

W. Exp - nama jawatan, tempoh kerja, scope kerja, pengalaman semasa bekerja nie dan kalo bleh pencapaian apa.

*nt setiap kerja tekankan apa kemahiran yg dapat dan apa improvement dlm diri*

Dan ceritakan juga aktiviti kelab atau persatuan yg pernah ada, pernah jd projek leader, handle program. *penting, sebab tgok reaksi dorang positif bila kita ada experience dalam management event*

2. Dia tya pasal family dan personal - spa

Family - tya mak ayah keja apa, ant adik beradik siapa keja gov, anak ke berapa.
Personal - tgal dimana, menyewa kat mana, kerja skrg contract dan situasi jab skrg.

3. Kenapa nak bekerja dgn dosm - spa

Nak jawab ngarut sungguh huhuhu tiba2  blank
Selain ada kelulusan pendidikan dalam statistics, sy seorang yg memerlukan cabaran utk stay fokus. Selain itu sy boleh menguna pakai data dosm utk penyelidikan mungkin utk sambung belajar nt dan dpt digunapakai juga utk dosm.
Tp sy skrg fokus dulu buat masa skrg sebab keadaan memaksa Hahaha mengarut betoi laaa

Pastue dia tya kenapa nak sacrifices study awak sedangkan awak dah ada master xnak habeskan phd ke.

Kalo berpeluang sponsorship kerajaan sy akan sambung la, sy belajar sblm nie pun dgn ptptn dan agak struggle bayaran balik. Dan susah mencari peluang kerja utk masa skrg. 

4. Apa awak faham dgn time series - dosm

Blank jap sebab xbajet plak dia tya...
Bagi contoh terus kegunaan time series dlm perniagaan utk  dpt profit ke loss, dlm ekonomi utk prepare dgn uncertainty event. *patot ada term focasting dlm jawapan kita* 😔

5. Kenapa mtak e29 sedangkan ada degree master - dosm

ak jawab bagi saya kerja di level mana sekali pun byk pengalaman yg boleh diperolehi waima kerja saya sebagai kerani skrg sgt byk yg sy pelajari dan ilmu dan pengalaman ini tidak diajar semasa belajar dahulu. Dan ini juga salah 1 cara mempersiapkan diri utk menjadi ketua yg memahami kerja org2 bawahan di masa akan datang.

👇 Idea bila dah abes temuduga
Nt bleh tambah lg nie... baru terpk..
sy amat mementing pengalaman dalam sesuatu perkara dari sini saya boleh belajar byak perkara dan performance dalam perkerjaan dan yg penting menjadi pekerja boleh buat pelbagai kerja bukan sekadar atas nama.

Jawapan kakak yg  kenal - sy tidak mengejar pangkat, pengalaman itu lebih penting. Dan pengalamanlah akan membantu kita dalam menjadikan kita lebih baik dimasa akan datang. Dan bila mana prestasi sy cemerlang, pihak jabatan sendiri akan menilai dimanakah sy patut berada suatu masa nanti.

6. Jika penempatan di sarawak apa halangan awak, sorg2 kat sana - dosm

Saya menerima penempatan dimana sahaja. Ditambah pula komitment sy hanya pada family dan masih bujang, maka tiada halanganlah dari pihak sy berkenaan penempatan.

7. Awak follow x apa2 berkaitan dgn dosm dan apa berita terbaru dosm masa skrg - dosm

Sy ada follow fb Dosm dan YBhg. Dato' Sri Dr. Mond Uzir Mahidin sendiri, juga twitter dan ig.

Yg terbaru berita dosm adalah pelancaran Kick-off survei pendapatan, perbelanjaan isi rumah dan pembangunan asas 2019 yg di ketuai oleh Pn Asiah Ahmad.
Dan juga 198 Stat Alert Infographic dikeluarkan dosm

8. Dia tya lg, apa Infographic terbaru dosm - dosm

Yg sy last update dan ingat index jenayah, perkahwinan dan perceraian.
Pastue dia komen itu utk tahun lepas kan...
Sy pun aaa jala... Lupa dah nie tahun baru, patot bgtau Infographic tahun nie... 😅

9. dia tya berapa kali iv spa - dosm

If ada iv dahulu ckp je then bgtau la apa tindakan kita.
Kenapa gagal, dari segi persediaan diri kita ke perkara lain2 ke...

Macam ada lg lain2... Tp dah mcm org hilang ingatan plak lepas keluar temuduga tue... Hahahaha

No comments:

Post a Comment