Tuesday, July 25, 2017

TIPS TURUN BERAT BADAN 23 KG by AIN SURAYA


14kg: 1and ½ month (Clean Diet)
9kg: 5 month (Diet ke laut, ke darat πŸ˜‚)
Ramai yang tanya Su buat apa bagi kurus.. Ni Su share sikit apa yg Su buat.. Berdasarkan pengalaman Su ye.. Lain orang lain cara nya..
1. Breakfast: Telur dua biji + Greentea
Xsemestinya telur rebus, goreng pun boleh. Kalau x lalu,
buat scramble egg. Kalau xlalu jugak, makan laa ayam
goreng ke ikan goreng ke. Green tea Su ambil tiap² pagi sebelum workout untuk tingkatkan metabolism masa bersenam. Bagi Su, lagi banyak berpeluh dan lagi cepat kadar degupan jantung masa bersenam, lagi banyak lemak dibakar.
2. Lunch & Dinner: Sayur berdaun hijau dengan ikan/ayam.
Lunch selalunya portion Su makan banyak berbanding
dinner. Nape sayur berdaun hijau? Sbb karbohidrat lebih
rendah dan fibre lebih tinggi dalam sayur yg berdaun hijau.
Su x ambil sayur yg tinggi karbohidrat sangat.
Nape makan ikan dengan ayam? Sebab ikan dengan ayam sumber protein yang 0 carbohydrate. Seafood lain mcm udang, sotong, sesiput memang Su elakkan sebab karbo dorang tinggi. Karbo tinggi boleh jejaskan diet Su.
Dinner sebelum pukul 6.30 ye, jangan lewat. Nanti perut ambil masa 3-4 jam nak hadam makanan tu.
3. Menu
Diet ni bukannya xboleh makan sedap².. Banyak je
makanan sedap² yg boleh dimasak.. Guna imaginasi ye
nak masak.. Asalkan jangan lebih dari 20g karbohidrat
sehari.
Menu ikan: Sup ikan, ikan goreng, ikan masak stim, asam
pedas ikan, ikan bakar.
Menu ayam: Ayam goreng, sup ayam, tomyam ayam,
nugget ayam homemade.
Menu sayur: Kubis buat coleslaw, kangkung belacan,
kacang panjang tumis dengan telur, sup bayam, bubur
Cauliflower.
Snack: Timun Jepun. Kunyah timun Jepun ye, bukan timun
biasa yang letak dalan laksa tu. Cheese 1@2 slice. Pilih
Cheese yg rendah karbo.
4. Workout.
Workout: Jillian 30Day Shred / Cardio / Tabata Workout
Boleh tengok dekat Youtube. Nak senang lagi,
download je video tu. Save dalam telefon. Pagi²
dalam pukul 8-10 pagi buat laa exercise ikut video
tu. Malam² exercise antara pukul 8-10 malam. 30
minit je. Su malas nak buat lebih². πŸ˜‚
Exercise buat 3 hari berturut² lepas tu rest sehari.
Nak elakkan muscle koyak. Ahad-Selasa workout.
Rabu rest. Khamis-Sabtu workout. Faham?
Yang tengah patah hati tu, bayangkan ex ada kat
depan korang. Then buat Thai boxing kat dia. Lagi
bersemangat nak exercise rasanya. πŸ˜‚
5. Tips.
Dapatkan sokongan moral dari orang terdekat. Kalau ada yang mulut jahat tu cakap "Eh, makan lauk je", "Eh boleh kurus ke makan camni", abaikan je mulut yg cakap gitu. Bukan dia yg nak kurus. Kita yg nak kurus. Kalau rasa orang tu mulut jahat, awak jangan cakap kat dia yang awak tengah diet. Nanti lagi down dia buat awak rasa nak diet.
Hati kena kental tgok orang lain makan sedap² manis bagai. Lepas kurus boleh makan sedap². Fokus! Ingat nak kurus. Kebetulan masa tetengah diet ni tetiba ter "break up". πŸ˜‚
Su jadikan tu satu penguat semangat untuk Su kurus. Sbb lepas kurus, Su nak tunjuk kat dia. Hihihi. Akal jahat ni.
Makan hati gak laa masa tu. Nasib baik masa makan hati, Su x stress g balun makan. Kalau orang lain, asal dia stress je dia g makan. To my ex, thanks to u kalau terbaca benda ni. Jadi kalau nak kurus, kena patah hati dulu. Dah dapat jawapan camne Su boleh kental diet? πŸ˜‚
Utk 14 hari pertama diet msti betul² clean, xde cheat. Kalau 14 hari pertama pun dah cheat, katakan selamat tinggal laa kepada diet anda. πŸ˜‚
Su nampak lagi cerah dari sebelum kurus?
Maybe because i drink a lot of water. The water flushed out all the toxin from my body. And i also eat a lot of healthy food. Sayur kan banyak vitamin. Jangan malas makan sayur kalau nak kulit cantik.
6. Lapar tetengah malam?
G minum air banyak² xpun kunyah timun Jepun sebab timun Jepun je low carb dari timun lain. Su masa tengah diet ni xrasa lapar pun tetengah malam. Xtahu laa korang lain ke kan. Lain orang, lain cara nya.
7. Air?
Air mesti cukup 1 liter utk 25kg berat badan..
Tapi Su selalu lebihkan minum air..
-2 liter air masak
-1 liter Green Tea
-1 liter air masak + chia seed.
Chia Seed sehari satu sudu sahaja. Jgn lebih. Sebab dia boleh turunkan tekanan darah korang. Korang boleh pengsan kalau terlebih ambil. Fungsi dia untuk perlawasan dan buang toxin. Ada orang cakap dia boleh cantikkan kulit. Xtahu laa betul ke tidak.
Air tu kalau boleh jangan minum air ais, sbb dia cepat bagi perut rasa kenyang. Jadi xboleh nak minum air banyak². Minum air masak je lagi bagus.
Minum air sebelum makan dan 30 minit selepas makan. Cuba laa makan bersulam dengan air kalau nak rasa perut buncit.
8. Detox?
Su ambil Clenx Tea seminggu sekali untuk detox. Hahahaha. Kalau berani ambil laa Clenx Tea sehari sekali. Jenuh sakit perut memulas nak g toilet. Kegunaan Clenx Tea ni untuk perlawasan. X elok sebenar nya ambil hari² sebab dia macam julab. Kalau nak teh yang sama fungsi tapi effect dia lembut sikit, ambil Teh Orang Kampung.
Hasilnya, clean diet selama 1 bulan setengah Su turun 14 kg.
9 kg berikutnya lambat sikit sebab diet main². πŸ˜…
INGATAN MESRA:
Diet ni TAK makan buah-buahan, nasi, gula, susu, minuman manis, segala jenis makanan bertepung dan berkanji dan segala makan berproses.
Q&A yang femes amos..
- Saya xmakan sayur boleh x?
Emmmm.. Ni bukan diet protein.. Diet Atkins.. Diet Atkins
memang kena makan sayur.. Xmati pun makan sayur..
Lagi sihat ade laa.. Paksa diri tu makan sayur.. Sedap je
sayur..
- Nape saya xturun banyak macam awak?
Awak, setiap orang mestabolisma dia xsama. Ada yg
metabolisma dia tinggi, berat dia turun lagi banyak, lagi
cepat dari orang yg metabolisma dia rendah..
- Banyak nye kena minum air. Xminum banyak xboleh ke?
Nak turun berat badan memang kena minum banyak air..
Kalau x, macam mana body nak flush out toxin, fat etc..
Google laa eh.. πŸ˜‚
Ada apa² nak tanya boleh comment kat bawah. Kalau segan boleh PM. Su share pengalaman je. Su bukan trainer. Su jawab semampu Su. Dan Su x ambil apa² produk. πŸ˜Š
Penat menaip.. Tadi dah buat tulisan bergambar tapi orang cakap x clear pulak.. πŸ˜…
Post ini akan diupdate dari masa ke semasa jika perlu. Xnak buat banyak² post.
Maaf, gambar terpaksa di blurkan.. Untuk bacaan korang sendiri je.. Jgn viralkan please..

No comments:

Post a Comment