Segala yang berlaku biarlah hanya kami & kita tahu... Andai itu takdir kita... Umpama lirik layu, bersama kita teguh,bercerai kita roboh... It are very big message to us..
Salam divaz, hola divaz,
saya ingin sampaikan sesuatu istimewa untuk divaz semua.
Sesuatu yang saya simpan dah lama dan saya ingin meluahkannya ketika saya berpeluang.
Saya tak pernah kesal dengan takdir-Nya...walau sebenarnya saya tak sangka saya terjerumus dalam dunia penulisan..sesuatu yang saya tak gemar sebenarnya. Saya tak pandai menulis dan saya tak berbakat. Saya hanya orang biasa2 je.
Apa yang saya tulis hanya sesuatu yang biasa2...semua orang tahu malah lebih tahu dan lebih bijak dari saya. Ayat yang saya guna juga biasa. Bahasa biasa2..pendeknya, semuanya biasa2.
Saya tak mahu dikenali dan saya tak mahu popular malah saya tak mahu jumpa sesiapa pun. Sebab itu saya menggunakan nama samaran. Tetapi rupanya, Allah merancang lain untuk saya.
Sampai masa, saya akan berundur. Saya ingin berada dalam dunia saya sendiri..dunia saya yang penuh kasih sayang. Dunia yang jauh dari hasad dengki, dendam, adu domba dan fitnah memfitnah. Dunia yang mustahil wujud kata suami saya. Selagi ada manusia dan iblis, selagi itulah permusuhan akan tercipta tetapi saya tetap ingin berada dalam dunia itu...dunia impian saya. Semua manusia berkasih sayang tanpa mengira bangsa dan agama.
Saya hanya ingin berkongsi apa yang saya rasa dalam novel saya. Cukuplah novel saya dikenali dan dibaca ramai. Itu amal jariah saya. Semoga ustaz2, guru2, kenalan dan mereka yang terlibat secara langsung atau tak langsung dalam novel saya, akan sama2 mendapat ganjaran pahala yang tak putus2 sehingga ke akhirat. Itu doa saya selama ini. Walau siapa pun anda, sedikit sebanyak ilmu yang anda berikan kepada Melur Jelita dan saya muatkan dalam novel saya, saya berdoa pahala perkongsian ilmu itu akan sama2 kita raih sampai bila2, amin999999999999x
Banyak lagi saya nak luah..tapi rupanya saya tak mampu. Sangat terharu dengan doa dan ucapan divaz.
Saya tak pernah kesal dengan apa yang berlaku.
Saya redha dengan takdirNYA.
Dan saya tak pernah kesal mengenali divaz.
Saya tak pernah kesal, saya pernah menyayangi divaz dan selamanya akan menyayangi divaz.
Saya serahkan segalanya kepada Allah swt.
Hanya DIA yang tahu dan DIA yang menilai.
Saya maafkan semua.
Salam sayang.
* TIDAK PERLU MENGENALI SAYA UNTUK MENCINTAI KARYA SAYA, KENALILAH KARYA SAYA NESCAYA ANDA AKAN MENCINTAI SAYA~ petikan MyPi. ( sengal kan..ekeke)

No comments:
Post a Comment