Andai benar kak MJ diangkat menjadi penulis bertaraf INTERNASIONAL maka gembira la kami as divas yang VOGUE ini.. *PEACE*
Nik Sarida
Saya peminat novel Inggeris selama ini. Novel Melayu tak pernah saya pandang sebab bagi saya plot ceritanya sangat ketinggalan. Tetapi tsunami ASST, ILUS dan MyPi yang melanda menyebabkan saya tak mahu ketinggalan. Membelek ASST, ILUS dan MyPi menyebabkan saya takjub sendiri. Ada penulis Melayu yang mampu menulis begini baik? Malah saya berani katakan MJ boleh mengatasi JK Rowlings atau Stephenie Meyer.
Saya berada di Bilik Melaka PWTC pada Pesta Buku baru-baru ini. Pada 26hb April, saya berebut dengan divaz lain untuk mendapatkan MyPi tetapi hampa. Tak sampai 5 minit Mypi dikeluarkan, ia habis mendadak. Saya pulang hampa dalam pukul 5 petang. Esok harinya, pukul 7 pagi, saya dah siap beratur depan Bilik Melaka bersama divaz lain walaupun semua tau ia akan dibuka jam 10 pagi. Semua bercerita mengenai abang pedas. Sehingga saya terdetik, kalau MJ penulis luar negara, sambutan peminatnya mesti lagi hebat. Silap-silap kami berkhemah sehari awal sebelum Mypi dilancarkan. Satu fenomena yang tak terduga untuk seorang penulis Melayu yang biasa.
Mj berjaya memikat pembacanya dengan karya belasahan yang baginya biasa-biasa tapi bagi kami, ia sangat luar biasa. Sayangnya jika kehadiran Mj tidak dipandang dan tidak diberi layanan yang sewajarnya. Mj adalah satu aset yang sangat berharga. Jika ditanya saya, saya berani menyatakan, Mj setaraf dengan penulis international luar negara. Saya lebih rela memilih novel-novel Mj dari memilih novel2 Inggeris yang telah beratus saya baca. Tetapi hanya novel MJ saja...he he he. Dia betul-betul buat rama-rama saya meroyan!
baguih2.. memang xhengat dunia la angkara MyPI..muehehehe
nie pulak dari divas sorank nie lak..
Qasehku Dania
No comments:
Post a Comment