MyPI
Nur Farhana Intan Suhaila
Salam. Pertama sekali terima kasih kerana sudi membaca. Saya hanyalah seorang pelajar berumur 18 tahun. Saya ingin berkongsi perasaan saya ketika membaca karya-karya kak MJ. Pertama kali baca ASST, saya terus jatuh cinta dengannya. Saya tiba tiba terperasan sekejap. Watak INTAN hampir sama dengan saya. Nama kami sama, suka LEE MINHO, garang dan manja sedikit, haha (over nii) . ASST merupakan kesayangan saya. Awal tahun ini, saya baru berpeluang membaca ILUS. Kisah ni sungguh dekat dengan saya. Saya seperti IRIS, yang kadang kala lupa bersyukur, lupa menunaikan tanggungjawab saya kepadaNYA. Bila mai tuan berkata tentang kehilangan, saya terkesima. Saya baru sahaja kehilangan ayah tercinta awal tahun ini. Tulisan dalam ILUS sangat menyedarkan saya. Bulan ini, saya baca MYPI pula. Seperti yang dijangka, air mata gemuk-gemuk(pinjam ayat) jatuh berduyun-duyun. sebuah kisah yang penuh keinsafan, dan membuatkan saya sangat mengkagumi karya kak MJ. Saya suka unsur islamik diselitkan dalam novel, ia membuatkan kita sentiasa ingat islam adalah terpenting. Watak FIRMAN sangat saya kagumi, dia sentiasa mengajar kita erti kehidupan, kesederhanaan dan kesabaran. Semoga karya seterusnya lebih cemerlang, apa saja dari kak MJ pasti meletops!!!
SEALED WITH A KISS

No comments:
Post a Comment